Tuesday, 3 November 2015

My AMWAY Biz

Setelah membaca sekali imbas dan melihat senarai semua produk-produk Amway, saya mula memahami pelan imbuhan Amway. Hampir 2 hari saya baca buku manual, search di internet untuk mengkaji sistem imbuhan mereka.
Zaman sekarang ada internet, ia memudahkan kerja kita. Tanpa perlu bergantung kepada upline, kita boleh berusaha mendapatkan apa yang kita mahu. Penaja (Upline) hanya boleh buka peluang dan beri panduan mengikut apa yang dia tahu,
Selebihnya, usahakan sendiri! Prinsip ini saya bawa sejak mula menceburi bidang pemasaran rangkaian. Tapi, jika anda punya penaja yang bagus, pemimpin berkaliber, bersyukur sangatlah. Harap dia boleh bimbing anda dan sentiasa memahami kehendak diri anda untuk berjaya.
Berbalik kepada sistem imbuhan Amway, perkara pertama yang saya lihat di setiap produk Amway ada tertulis  perkataan PV, BV, DP dan CP.
PV bermaksud Point Value (Nilai Mata) – nilai angka yang diberi kepada sesuatu produk. Produk bukan kepunyaan Amway, selalunya mempunyai PV rendah sedikit.
BV bermaksud Business Value (Nilai Perniagaan) – angka kewangan yang diberi untuk sesuatu produk. Ia berkait dengan harga produk dan inflasi. Selalunya hampir sama dengan harga produk.
DP bermaksud Distributor Price (Harga Pengedar) – Harga pembelian anda sebagai Pengedar.
CP bermaksud Customers Price (Harga Pelanggan) – Ia harga jualan produk kepada pelanggan bukan ahli.
Seterusnya, saya mengkaji Jadual Bonus Pencapaian. Ia adalah wang bonus yang kita jana sekiranya kita dan kumpulan berjaya melakukan aktiviti pembelian sendiri atau pun penjualan.



Pembelian Ahli

Katakan anda membeli produk pada harga RM100 (DP). Untuk anda mengetahuiBV dan PV bagi setiap produk dengan tepat, sila rujuk katalog produk. Selalunya, BVadalah juga 100 mengikut seperti harga pembelian tersebut dan PV pula dibahagikan 3.1menjadikan jumlah PV anda adalah 32.
Contoh ->  CP: 130   DP: 100    BV: 100    PV: 32

Faktor pengiraan 3.1 itu ditetapkan oleh Amway dan anda hanya perlu merujuk katalog untuk memastikannya. Dalam keadaan atas, anda telah untung harga pembelian yang murah sebagai ahli kerana anda membeli pada harga DP dan bukannya harga CP. BezaCP dan DP adalah keuntungan anda. Ini keuntungan pertama iaittu keuntungan pembelian sebagai ahli!

Pembentukan Rangkaian

Seterusnya, katakan anda membina rangkaian anda dengan 10 ahli downline. Mereka juga melakukan pembelian yang sama. Ini bermakna, pembelian kumpulan termasuk anda adalah RM100 x 11 orang = RM1,100. Bagi kumpulan anda ini, BV adalah 1,100 iaitu melebihi BV 775 seperti yang terdapat dalam Jadual Bonus Pencapaian di atas. Maka, anda akan diberikan komisyen 3% dari BV 1,100 menyebabkan anda akan berpeluang dapat komisyen sebanyak 3/100 x RM1,100 = RM33. 
Untuk layak dapat RM33 itu, perhatikan pula PV. Jika jumlah keseluruhan PV kumpulan termasuk anda melebihi 250, maka anda layak dapat RM33 itu. Jika kita katakan contoh pembelian produk setiap 10 orang downline tersebut juga mempunyai nilai yang sama, maka PV keseluruhan adalah 32 x 11 = PV 352. Maka, anda layak menerima RM33 itu. Tahniah! Ini adalah keuntungan kedua iaitu keuntungan membina network!
Mudah nak dapat RM33 kan? Anda hanya dapatkan barang-barang harian biasa yang anda beli di hypermarket atau kedai-kedai biasa melalui  kedai-kedai Amway dan kawan-kawan anda pun lakukan perkara yang sama, anda akan dibayar RM33 pula.
Itu lah konsep pemasaran rangkaian. Anda dibayar bila anda rekomen produk syarikat kepada rakan-rakan.
Itu perkiraan mudah yang saya ambil. Apabila kumpulan bertambah, pembelian bertambah, maka pendapatan anda juga bertambah. Jika anda buka sahaja katalog produk Amway, anda akan dapat lihat bahawa produknya memang produk seharian! Jadi peluang buat duit dan menambahkan pendapatan memang terbuka luas.
Seterusnya, katakan 10 orang kumpulan anda melakukan seperti mana anda lakukan. Mereka menaja 10 orang lagi menjadikan jumlah keseluruhan kumpulan anda mempunyai 111 orang termasuk anda!
111 orang ini juga menggunakan produk bernilai RM100 sebulan menjadikan BV adalah RM100 x 111 orang = 11,100. Jika mengikut Jadual Bonus Pencapaian diatas,  anda dan kumpulan berpeluang dapat 12% dari 11,100 iaitu RM1,332. Ingat, anda kini perlu berikan 3% kepada setiap 10 orang ‘direct downline’ kerana pencapaian itu adalah hasil dari usaha kumpulan mereka. Jadi 10 orang downline akan dapat RM33 setiap orang menjadikan anda hanya menerima RM1,332 – (RM33x10 orang) = RM1,002 sahaja! Woww! Semua orang guna RM100 sebulan dan anda terima RM1,002 sebulan!
Setiap kiraan yang dilakukan adalah secara bulanan. Woww, ini boleh jadi pendapatan besar! Apakata kalau rangkaian berterusan? Woww Woww… :)

Penjualan Peribadi

Seperkara lagi, perkiraan bisnes diatas tidak termasuk jika anda melakukan aktiviti menjual secara peribadi kepada pelanggan. Untungnya atau diskaun sebagai ahli adalah perbezaan antara CP dan DP. Anda beli pada harga DP yang lebih murah dan jual pada pelanggan pada harga CP yang lebih mahal. Anda mampu dapatkan keuntungan tunai lebih kurang 25%-30% lagi melalui setiap jualan! Inilah keuntungan ketiga iaitu keuntungan dari hasil jualan!
Itu dia 3 jenis keuntungan yang mampu anda nikmati sebagai Ahli Pengedar Amway. Pilih mana sahaja cara keuntungan yang anda ingini. Cara pertama, sebagai pengguna, cara kedua sebagai pembina rangkaian atau cara ketiga melalui jualan.
Bagi mereka yang tidak minat menjual atau tiada keupayaan melakukan jualan, saya cadangkan anda menggunakan cara membina rangkaian perniagaan. Mungkin anda tidak perlu menjual tetapi menjadi pengguna tegar dan bentuk rangkaian yang sama tegar dan mantap.
Okay, Saya juga nak memulakan pencarian 10 orang yang pertama. Saya akan ajarkan mereka segalanya yang saya tahu tentang selok-belok bisnes pemasaran rangkaian berdasarkan pengalaman saya sehingga ke cara-cara nak order barang secara online. Siapa yang berminat atau ingin tahu lebih lanjut, sila hubungi saya atau sms

Monday, 2 November 2015

eSpring

SATINIQUE

ARTISTRY

NUTRILITE

Mengapa NUTRILITE



TERBAIK DARI ALAM TERBAIK DARI SAINS

NUTRILITE ialah jenama vitamin, mineral dan suplemen dietari yang menyediakan rangkaian suplemen lengkap untuk pelbagai keperluan termasuk pemakanan am, kesihatan jantung, pengurusan berat badan dan pemakanan kanak-kanak. NUTRILITE mendapatkan pekatan tumbuhan organik semula jadi yang kebanyakannya ditanam di ladang kami sendiri dan vitamin dan mineral yang sangat tulen dari seluruh dunia untuk memenuhi standard kualiti kami yang ketat. Semua bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE telah dikaji, diuji dan dirumus dengan terperinci untuk menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pemakanan masyarakat ke arah mencapai kesihatan optimum.

Sunday, 1 November 2015

Apakah Visi AMWAY?

54 tahun Amway bertahan dan berkembang maju di serata pelusuk dunia. Pelbagai cabaran yang mereka hadapi tetapi Amway kekal utuh dan sentiasa menduduki senarai teratas syarikat jualan langsung dunia.
Visi dan Prinsip Asas syarikat Amway sangat berkait rapat dengan budaya hidup setiap manusia tak kira di mana mereka berada.
Pengasas Rich DeVos dan Jay Van Andel adalah merupakan dua orang sahabat baik dari zaman persekolahan sehingga mereka bersama-sama meneroka menjadi agen pengedar sebuah syarikat produk kesihatan Nutrilite di USA pada 1949 dan akhirnya bersama-sama pula menubuhkan syarikat Amway pada 1959.
Melalui pengalaman sebagai pengedar, mereka amat memahami kehendak setiap pengedar yang inginkan kebebasan untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri dan mengecapi nikmat kehidupan yang lebih baik. Lantas apabila Amway ditubuhkan, visi dan prinsip asas (fundamental) perniagaan Amway melambangkan segalanya itu.
Apakah Visinya?
Visi Amway amat mudah – “Helping People Live Better Lives”. Mereka bekerja setiap hari untuk Membantu Insan Mendapat Kehidupan Yang Lebih Baik. Visi itu dicapai dengan cara membantu insan lain meneroka potensi diri untuk mencapai matlamat mereka melalui penawaran produk yang lebih baik dan peluang masa depan dan seterusnya mereka akan berkongsi dengan masyarakat dunia.
Jika diperhatikan, ini bermakna Amway hanya mempunyai satu perniagaan sahaja iaitu perniagaan untuk membuatkan kehidupan seseorang itu menjadi lebih baik!

Apakah 4 prinsip asas Amway?

Prinsip Asas Amway atau apa yang dipanggilFounder’s Fundamental adalah terangkum pada 4 perkara iaitu Kebebasan, Keluarga, Harapan dan Ganjaran (Freedom, Family, Hope and Reward). Keempat-empat perkara tersebut bukan sahaja setakat prinsip asas organisasi malah asas inspirasi dan asas motivasi yang telah diletakkan oleh dua orang pengasas tersebut.
KEBEBASAN – Kebebasan adalah keadaan semulajadi dalam diri setiap insan, Ia adalah satu keadaan yang sangat kondusif untuk seseorang itu hidup, bekerja, mencapai sesuatu dan memajukan diri. Kedua-dua pengasas percaya bahawa kebebasan peribadi dan kebebasan ekonomi berjalan seiringan. Dengan Amway, anda mempunyai kebebasan untuk mengubah hidup anda dengan memiliki perniagaan sendiri.
KELUARGA – Keluarga adalah struktur sosial utama kehidupan kita. Keluarga adalah tempat kita mendapatkan kasih sayang, pembentukan sahsiah, pewarisan dan keturunan. Kita semua memerlukan keluarga untuk menyokong kita. Sebagai ahli keluarga Amway global, kita perlu menghormati dan menjaga satu sama lain untuk memupuk kejayaan bersama.
HARAPAN – Harapan memberikan kita kuasa untuk mentransformasikan kehidupan menjadi lebih positif. Tanpa harapan hidup tidak bermakna. Di Amway, mereka memberi inspirasi kepada anda untuk membina impian hidup yang lebih besar. Amway mewujudkan persekitaran di mana harapan boleh bersemarak.
GANJARAN –  Ganjaran melibatkan perbuatan bersama untuk memberi dan menerima. Ganjaran membantu kita untuk memajukan diri samada kita memberi atau menerimanya. Kebahagiaan yang terbaik adalah apabila sesuatu kejayaan diperolehi melalui usaha kita. Amway memberi ganjaran untuk apa yang anda capai dan juga apa yang anda bantu insan lain mencapainya.
Prinsip-prinsip asas ini diterjemahkan oleh Amway dengan penyataan berikut:
Amway akan sentiasa menyokong asas kebebasan setiap orang untuk menentukan masa depan mereka, dengan membenarkan mereka menggunakan masa dan sumber-sumber kami untuk melindungi dan membina keluarga mereka. Amway akan sentiasa menawarkan harapan kepada setiap individu dan peluang untuk menerima ganjaran mengikut usaha mereka.

NUTRILITE™ CH Balance

NUTRILITE™ CH Balance (60 gel lembut)
# Item: 102188

🌿Setiap gel lembut CH Balance dibuat daripada tumbuhan teh, satu daripada khazanah alam yang popular.
🌿Ia mengandungi 395mg ekstrak teh hijau yang
distandardkan.
🌿Proses
ekstrak yang dipatenkan memastikan rumusan CH Balance mengandungi sebatian teh hijau tanpa sebarang penambahan bahan awet, pewarna atau perasa tiruan.​
🌿Terkenal dgn potensi menurunkan paras kolesterol yg tidak diperlukn oleh tubuh badan kita.
 🌿Amalkan pengambilannya untuk mengekalkan kesejahteraan diri anda.

Ladang Trout Lake


Ladang Trout Lake,
menghasilkan 70 botani &3 juta paun herba NUTRILITE setiap tahun

Coenzyme Q10 Plus

NUTRILITE™ Coenzyme Q10 Plus

🌿Jika terdapat satu organ dalam tubuh anda yang bekerja setiap saat sepanjang hari, ia adalah jantung anda.
🌿Berdegup 70 kali seminit, 100, 000 kali setiap hari. Terdapat jumlah tenaga yang sangat banyak yang perlu diganti dengan tetap.
🌿Sel-sel mengguna banyak koenzim yang dipanggil CoEnzyme Q10 (CoQ10) untuk menghasilkan tenaga yang mereka perlukan untuk berfungsi dan pekatan tertinggi ditemui dalam jantung, hati dan buah pinggang anda.
🌿Tubuh kita menghasilkan enzim ini apabila kita muda tetapi apabila kita semakin tua, penghasilannya mula menurun.
🌻NUTRILITE CoEnzyme Q10 Plus mengandungi campuran CoQ10, L-Carnitine Fumarat, Taurina dan Pekatan Bioflavonoid Sitrus. Diambil secara kombinasi dengan Lecithin E, Garlic with Licorice, Samon Omega-3 dan B-Complex, ia akan memberi sokongan optimal utk kesihatan.


🌹extra info
🌿CoQ10 dipanggil “ubiquinone” kerana ia ditemui dalam semua sel.
🌿Secara teknikal, CoQ10 dirujuk sebagai “bahan seperti vitamin” atau “faktor bersama” kerana ia dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh badan.
🌿 Ia adalah nutrien penting yang diperlukan oleh semua sel untuk mengeluarkan tenaga.
🌿 CoQ10 banyak ditemui dalam daging lembut dan ikan bermigrasi seperti sardin dan mackerel, dan ke tahap yang kurang, dalam brokoli dan kacang.
 🌻Kita perlu kira-kira 30mg sehari.
🌿Mengambil CoQ10 dengan kerap boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung keseluruhan. Ia juga dikenali kerana ciri antioksidannya.
🌿NUTRILITE CoQ10 adalah satu-satunya rumusan yang terdapat di pasaran yang menggabungkan CoQ10, L-Carnitine Fumarate, Taurina dan Pekatan Bioflavonoid NUTRILITE ke dalam satu kapsul yang memberi faedah kesihatan yang optimum terhadap tubuh kita. 🌻Setiap kapsul memberi 30 mg CoQ10 di mana tiga kapsul sehari akan memberi 90 mg CoQ190 kepada tubuh.
🌿 Pekatan Bioflavonoid memberi faedah tambahan fitonutrien. Perumusan NUTRILITE CoQ10 kami tidak mengandungi perisa dan pewarna tiruan atau bahan pengawet, oleh itu mengurangkan kejadian tindak balas alahan.
🌿boleh mengambil CoQ10 dengan produk NUTRILITE yang lain yang menyokong kesihatan jantung, seperti Natural B-Complex, Lecithin-E, Salmon Omega-3, dan Protein Powder. Oleh kerana CoQ10 adalah larut lemak, ia paling bagus diambil bersama dengan tenaga selular yang diguna oleh tubuh.
🌿jantung, mengguna jumlah CoQ10 yang banyak untuk melakukan kekuatan pengepamannya, meningkatkan jumlah darah yang mengalir melaluinya dengan setiap degupan.
🌿Ia juga adalah antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas dan menggalakkan membran sel yang sihat.
🌿 kita perlukan NUTRILITE COq10 kerana pekatan CoQ10 berkurang apabila kita meningat tua.
🌿 Tabiat makan kita dan pilihan gaya hidup mungkin mengakibatkan kekurangan pemakanan.
🌿Faktor-faktor lain seperti bersenam dengan giat atau pengambilan ubat-ubatan tertentu juga mungkin mengurangkan tahap CoQ10 dalam tubuh.
🌿Mitokondria adalah struktur penghasilan tenaga dalam sel yang membolehkannya berfungsi, membaiki dan mengekalkannya.
 🌿Dalam banyak cara, mitokondria adalah seperti enjin kereta. Sel tidak boleh berfungsi tanpa mitokondria dan sesebuah kereta tidak boleh berfungsi tanpa enjin.
 Asalkan sel-sel hidup, ia memerlukan cara menghasilkan tenaga. Tenaga ini wujud dalam bentuk adenine triphospate (ATP). 🌻CoQ10 adalah pemangkin dalam penghasilan ATP. Oleh itu, mitokondria memerlukan pekatan CoQ10 yang mencukupi memastikan penghasilan tenaga yang optimum.
 🌿Taurina membantu mengekalkan integriti sel dengan mengawal jumlah intraselular dan keseimbangan kalsium.
🌿L-Carnitine terlibat dalam metabolisme karbohidrat dan protein, dan dalam pengangkutan lemak ke dalam mitokondria.
🌿L- Carnitine juga memberi pelbagai faedah lain kepada banyak sistem tubuh.
🌿Ia membantu untuk menghadkan kerosakan yang disebabkan oleh oksigen yang tidak cukup, meningkatkan sistem imun, melindungi daripada tekanan oksidatif, merangsang aktiviti antioksidan bagi enzim tertentu dan melindungi membran

LOC

Pencuci pelbagai guna LOC
🌾pekat dan serba guna – berkesan ke atas semua permukaan yang boleh dicuci di seluruh rumah: lantai, bilik air, dapur dan permukaan dalam rumah yang lain.
🌾Agen-agen pembersihan semula jadi yang boleh diperbaharui lagi semula jadi daripada sumber-sumber seperti minyak kelapa – menanggalkan kotoran dan daki yang terkumpul.
🌾Tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya atau melelas, dan menjadikan permukaan berkilat dan tanpa sisa.
🌾Selamat dan lembut untuk kegunaan setiap hari – mempunyai pH neutral dan surfaktan yang lembut.

Lecitin E




🌿 Vit E adalah antioksidan penting yg menentang radikal bebas (melindungi sel2 dlm badan)
 🌿 Ciri2 penyembuhan (boleh menyembuhkn luka2 dalaman)                
🌿 Lecithin pula adalah kombinasi hebat utk penyerapan vit e & bertindak memecah lemak dlm salur darah (bagus utk elak strok)
🌿 kulit cantik & lembab
🌿mencegah keguguran, penyakit kuning pd baby, kanser, strok, gout, sakit sendi dan pengerasan bahu.
🌿Sangat membantu utk pesakit diabetes- menggalakan rembesan insulin.
🌿Meningkatkan sistem imun,
🌿Sangat diperlukan utk saluran darah, jantung, injap, perokok, pesakit sendi.
🌿Mencegah penuaan kulit dan bintik perang.
🌿Mengelakkan saluran darah tersumbat.
🌿Pecahkan lemak, bantu kurangkan berat badan dll