Sunday, 1 November 2015

Apakah Visi AMWAY?

54 tahun Amway bertahan dan berkembang maju di serata pelusuk dunia. Pelbagai cabaran yang mereka hadapi tetapi Amway kekal utuh dan sentiasa menduduki senarai teratas syarikat jualan langsung dunia.
Visi dan Prinsip Asas syarikat Amway sangat berkait rapat dengan budaya hidup setiap manusia tak kira di mana mereka berada.
Pengasas Rich DeVos dan Jay Van Andel adalah merupakan dua orang sahabat baik dari zaman persekolahan sehingga mereka bersama-sama meneroka menjadi agen pengedar sebuah syarikat produk kesihatan Nutrilite di USA pada 1949 dan akhirnya bersama-sama pula menubuhkan syarikat Amway pada 1959.
Melalui pengalaman sebagai pengedar, mereka amat memahami kehendak setiap pengedar yang inginkan kebebasan untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri dan mengecapi nikmat kehidupan yang lebih baik. Lantas apabila Amway ditubuhkan, visi dan prinsip asas (fundamental) perniagaan Amway melambangkan segalanya itu.
Apakah Visinya?
Visi Amway amat mudah – “Helping People Live Better Lives”. Mereka bekerja setiap hari untuk Membantu Insan Mendapat Kehidupan Yang Lebih Baik. Visi itu dicapai dengan cara membantu insan lain meneroka potensi diri untuk mencapai matlamat mereka melalui penawaran produk yang lebih baik dan peluang masa depan dan seterusnya mereka akan berkongsi dengan masyarakat dunia.
Jika diperhatikan, ini bermakna Amway hanya mempunyai satu perniagaan sahaja iaitu perniagaan untuk membuatkan kehidupan seseorang itu menjadi lebih baik!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.