AMWAY Malaysia berdiri megah dalam kumpulan seluruh dunia AMWAY sebagai salah satu daripada 10
gabungan cemerlang yang disokong oleh penunjuk mengagumkan seperti pusing ganti jualan, keberuntungan dan tenaga Pengedar yang sentiasa bertambah.
Sejak penubuhannya pada tahun 1976, AMWAY Malaysia telah berkembang untuk menyokong perniagaan Pengedar mereka dengan rangkaian Kedai Runcit dan Pusat Pengedaran Daerah AMWAY yang luas di seluruh Malaysia dan Brunei.
Pada tahun 1996, AMWAY Malaysia menjadi syarikat jualan langsung yang pertama disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur. AMWAY juga merupakan syarikat jualan langsung pertama yang dianugerahkan Lesen Jualan Langsung 10 tahun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada tahun 2010.
Lembaga Pengarah
Dato' Ab. Halim Bin Mohyiddin DPMS (Pengerusi, Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif)
PENGERUSI, PENGARAH KANAN BEBAS BUKAN EKSEKUTIF
Dato’ Ab. Halim Bin Mohyiddin, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah Amway (Malaysia) Holdings Berhad (AMHB) pada 25 November 2002. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi AMHB pada 12 Januari 2006 dan juga merupakan Pengarah Kanan Bebas AMHB. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit dan ahli Jawatankuasa Saraan dan Jawatankuasa Pencalonan.
Low Han Kee (Pengarah Urusan)
PENGARAH URUSAN
Low Han Kee, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah AMHB dan Amway (Malaysia) Sdn Bhd (AMSB) masing-masing pada 6 Jun 1996 dan 16 Oktober 1995. Pada 1 September 1998, beliau mengambil alih tampuk pentadbiran sebagai Pengarah Urusan AMHB. Beliau juga merupakan Pengarah Amway (B) Sdn Bhd (ABSB), sebuah anak syarikat AMSB sejak tahun 1998
Scott Russell Balfour (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)
PENGARAH BUKAN BEBAS BUKAN EKSEKUTIF
Scott Russell Balfour, warganegara Amerika, telah dilantik sebagai Pengarah AMHB pada 15 Januari 2004. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan. Beliau merupakan ahli Persatuan Badan Peguam Amerika, Michigan dan Grand Rapids. Beliau telah menulis beberapa artikel mengenai perundangan Korea dan Asia dan menjadi pengarang bersama buku bertajuk 'Korean Labor and Employment Laws'.
Yee Kee Bing (Pengarah Eksekutif)
PENGARAH EKSEKUTIF
Yee Kee Bing, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah AMSB pada 28 November 2000. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif AMHB pada 16 Julai 2004. Pada 1 September 2004, beliau memikul tanggungjawab sebagai Pengurus Besar AMSB.
Tan Sri Dato’ Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
PENGARAH BEBAS BUKAN EKSEKUTIF
Tan Sri Dato’ Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham, warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Pengarah AMHB pada 9 Februari 2006. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pencalonan.
Mohammad Bin Hussin (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)
PENGARAH BUKAN EKSEKUTIF BUKAN BEBAS
Mohammad Bin Hussin, telah dilantik sebagai Pengarah AMHB pada 10 Jun 2009.
James Bradley Payne (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif)
PENGARAH BUKAN EKSEKUTIF BUKAN BEBAS
James Bradley Payne, warganegara Amerika, telah dilantik sebagai Pengarah AMHB pada 17 November 2011. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Saraan. Beliau telah mengambil peranan sebagai Naib Pengerusi Alticor Inc. berkuat kuasa 1 Januari 2015.
Tan Sri Faizah Binti Mohd Tahir (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
PENGARAH BEBAS BUKAN EKSEKUTIF
Tan Sri Faizah Binti Mohd Tahir, warganegara Malaysia yang telah dilantik sebagai Pengarah AMHB pada 8 Mei 2014. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit. Beliau lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (Ekonomi Pembangunan) dari Williams College, Amerika Syarikat.
Dato’ Abdullah Thalith Bin Md Thani (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif)
PENGARAH BEBAS BUKAN EKSEKUTIF
Dato' Abdullah Thalith Bin Md Thani, warganegara Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah AMHB pada 15 Mei 2015. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Saraan. Beliau berkelulusan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan (Pengurusan Harta Tanah) dari Universiti Teknologi Malaysia pada bulan Mei 1978. Beliau juga memegang ijazah Sarjana dalam Kajian Perniagaan dari University of Salford.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.