Prinsip Asas Amway atau apa yang dipanggilFounder’s Fundamental adalah terangkum pada 4 perkara iaitu Kebebasan, Keluarga, Harapan dan Ganjaran (Freedom, Family, Hope and Reward). Keempat-empat perkara tersebut bukan sahaja setakat prinsip asas organisasi malah asas inspirasi dan asas motivasi yang telah diletakkan oleh dua orang pengasas tersebut.
KEBEBASAN – Kebebasan adalah keadaan semulajadi dalam diri setiap insan, Ia adalah satu keadaan yang sangat kondusif untuk seseorang itu hidup, bekerja, mencapai sesuatu dan memajukan diri. Kedua-dua pengasas percaya bahawa kebebasan peribadi dan kebebasan ekonomi berjalan seiringan. Dengan Amway, anda mempunyai kebebasan untuk mengubah hidup anda dengan memiliki perniagaan sendiri.
KELUARGA – Keluarga adalah struktur sosial utama kehidupan kita. Keluarga adalah tempat kita mendapatkan kasih sayang, pembentukan sahsiah, pewarisan dan keturunan. Kita semua memerlukan keluarga untuk menyokong kita. Sebagai ahli keluarga Amway global, kita perlu menghormati dan menjaga satu sama lain untuk memupuk kejayaan bersama.
HARAPAN – Harapan memberikan kita kuasa untuk mentransformasikan kehidupan menjadi lebih positif. Tanpa harapan hidup tidak bermakna. Di Amway, mereka memberi inspirasi kepada anda untuk membina impian hidup yang lebih besar. Amway mewujudkan persekitaran di mana harapan boleh bersemarak.
GANJARAN – Ganjaran melibatkan perbuatan bersama untuk memberi dan menerima. Ganjaran membantu kita untuk memajukan diri samada kita memberi atau menerimanya. Kebahagiaan yang terbaik adalah apabila sesuatu kejayaan diperolehi melalui usaha kita. Amway memberi ganjaran untuk apa yang anda capai dan juga apa yang anda bantu insan lain mencapainya.
Amway akan sentiasa menyokong asas kebebasan setiap orang untuk menentukan masa depan mereka, dengan membenarkan mereka menggunakan masa dan sumber-sumber kami untuk melindungi dan membina keluarga mereka. Amway akan sentiasa menawarkan harapan kepada setiap individu dan peluang untuk menerima ganjaran mengikut usaha mereka.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.