SEJARAH AMWAY


PERMULAAN

Pada tahun 1959, AMWAY melancarkan satu model perniagaan yang dipacu oleh kuasa hubungan. Produk asal yang ditawarkan dalam model ini adalah Pencuci Organik Cecair (L.O.C). Ia merupakan produk pencuci pertama yang pekat, terbiodegradasi dan mesra alam. Semenjak itu, AMWAY telah berkembang daripada produk rumah kepada peneraju global dalam kategori kesihatan dan kecantikan.



Pengasas Bersama

RICH DEVOS DAN JAY VAN ANDEL

Pada tahun 1959, Rich DeVos dan Jay Van Andel mengasaskan AMWAY. Rich DeVos berkata, "kami hanyalah dua lelaki dari Ada, Michigan, Amerika Syarikat yang mahu memiliki perniagaan sendiri. Kami cuma dua orang budak lelaki (kadang-kadang masih rasa begitu) yang dahagakan kejayaan dan mahu memberikan peluang kepada insan lain untuk menceburi perniagaan ini untuk diri sendiri juga." Mendiang pengasas kami, Jay Van Andel berkata tentang syarikat ini, "AMWAY memberikan orang ramai kehidupan baru yang mempunyai keseronokan, janji, keuntungan dan harapan." AMWAY kini beroperasi di lebih daripada 100 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
DeVos adalah penceramah terkenal dan pengarang empat buah buku termasuk: Believe!, Compassionate Capitalism, Hope from My Heart: Ten Lessons for Life dan Ten Powerful Phrases for Positive People. Beliau juga telah memiliki beberapa francais sukan profesional, termasuk Orlando Magic NBA.   Van Andel merupakan penyokong sepanjang hayat perusahaan bebas. Bekas Pengerusi U.S. Chamber of Commerce, Pengarah Jamestown Foundation, U.S. Ambassador dan Commissioner General ke Genoa Expo'92 dan Trustee of the Heritage Foundation. Di kampung halamannya Grand Rapids, Michigan, beliau adalah pengasas Van Andel Institute for Education and Medical Research, mengasaskan Chairman of the Right Place Committee dan menerusi Jay and Betty Van Andel Foundation menyumbang kepada projek-projek komuniti yang penting dalam pembangunan ekonomi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan kesenian.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.